Saturday 9 April 2011

Badan Berasid


BADAN YANG BERSIFAT ASIDIK

Badan mengeluarkan asid dari peredaran darah supaya jauh daripada organ-organ utama dan menyimpannya dalam lemak-lemak merata tempat sehingga ia mampu dan perlu dineutralkan. Ini menyumbang dan menyebabkan obesiti.

Seperkara lagi tindakan badan ialah membuang asid yang telah di’ciptakan’ dengan gayahidup seseorang, ialah menarik keluar kalsium dari tulang-tulang untuk digabungkan dengan asid untuk dikeluarkan daripada sIstem. Ini menyumbang dan menyebabkan osteoporosis.

Persekitaran dalam badan akan terus menjadi asidik dan menyebabkan sel-sel lemah dan mati, menyumbang pula asid dari sel-sel mati ini ke dalam darah. Keadaan menjadi semakin parah. Sel-sel lebih banyak dirosakkan dengan kadar cepat kerana pengumpulan asid dan keseluruhan badan menjadi lebih tercemar.

Persekitaran dalaman terkompromi ini mula penjadi perumah kepada kuman-kuman(bacteria, fungus, yis) yang membiak cepat dengan persekitaran yang dibuat-sesuai oleh badan.

Keadaan ini menjadi semakin buruk sehingga tidak berapa lama badan mula merasa pelbagai sakit disemua bahagian. Seseorang sekarang memasuki era menjadi sakit dan menua…………

HAKIKATnya badan adalah diciptakan untuk mengumuh asid, tetapi gayahidup kita hari ini selalu menjadikannya satu tugas yang perit dan sukar . Kita sentiasa menghalang kemampuan badan untuk berada pada tahap bersifat alkali. Inteligen dalaman badan menyedari bagaimana untuk bertindakbalas – pada keadaan yang biasa, tetapi ia tidak diciptakan untuk gayahidup pengisian makanan dan minuman  ‘junk’ yang tercela yang kita masukkan ke dalamnya secara konsisten.
Kita sentiasa menumpukan kepada serangan dari luar oleh virus dan bakteria tetapi kini kita melihatkan segalanya melumpuhkan ‘terrain’ atau persekitaran dalaman kita.

KITA WAJIB BERSIFAT ALKALI. BILA IANYA BERKAITAN KESIHATAN, KEALKALIAN ADALAH SEGALANYA.
Lihat saja pada darah sendiri. pH darah ditentukan 7.36 dan dalam apa keadaan sekalipun badan mesti mengekalkan pH ini bagi menjamin persekitaran dalaman yang teratur dan sempurna. Apabila pH darah jatuh ke 6.8 biasanya badan akan mengalami asidosis metabolik yang teruk dan melibatkan maut. Pankreas adalah organ paling ‘alkaline’ dalam badan , pHnya berada pada tahap 8.8. Ia juga merupakan organ penggera perut. Bila seseorang mengisi perutnya dengan makanan-makanan yang asidik, perut akan mengepam makanan asidik tersebut terus ke pankreas. Pankreas akan ‘jamm’ dan tidak mampu bekerja lagi.

Diabetes adalah disebabkan ‘breakdown’ sistem pankreas akibat pengasidan sistem yang keterlaluan. Jika tenaga dibekalkan bersama-sama pengakalian sistem badan, seseorang akan memperbaiki pankreasnya dan badan akan beransur-ansur membina kembali ketahanan dan penyakit akan sembuh.

Dengan pankreas yang berfungsi secara optima seseorang tidak akan merasa simtom-simtom diabetes. Diabetes adalah satu illusi. Gayahidup telah mengakibatkan ketidakseimbangan dalam badan yang mengakibatkan ia hidup pada ‘survival mode’.
Demikianlah dapat dikiaskan pada organ-organ lain dalam badan kita selain perut.

0 comments:

Post a Comment

Search Web

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More