Saturday 9 April 2011

Darah E-Bombay


Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang ada lagi sejenis darah yang di panggil E-Bombay, selain dari jenis-jenis yang biasa A,AB,O dan B. Jenis darah ni aku pernah terbaca lama dulu sumbernya aku dah tak ingat dari mana. Pernah aku cerita pada kawan-kawan dan mereka ingat aku melawak atau saja reka-reka cerita, seingat aku la takda seorang pun dari kawan-kawan aku yang pernah baca tentang darah jenis ni. Atau mereka memang tak suka membaca pun, baca facebook minatla.

Darah jenis ni pertama sekali di jumpai di Bombay, sebab itu namanya E-Bombay. Orang India ni darah memang pelik sikit macam salah seorang kawan aku yang berketurunan India darahnya jenis A-, biasa kebanyakan darah yang ada adalah jenis + macam B+,O+,AB+,A+. Memang jarang sikit kita jumpa orang yang rhesus (+-) ni yang rhesus -, tak caya tanyala doktor, kalau nak detail lagi tanya kat bahagian derma darah. Sebab dulu pernah aku g derma darah dengan kawan aku ni dan Doktor hanya ambil nama dan kontak no dia je, sebab kalau ada kecemasan je baru dia akan dipanggil kalau ambil pun nanti buang je sebab jarang orang ada darah jenis tu dan dalam dunia ni terdapat hanya beberapa orang saja yang mempunyai darah jenis E-Bombay ni.

Satu lagi kalau tak silap la darah cimpanzi pun ada yang sama dengan manusia. Kalau aku silap tolong perbetulkan. Ni semua sekadar berkongsi maklumat, jika korang ada maklumat yang lebih terperinci sila kongsikan bersama-sama.

link rujukan :      http://www.lexiline.com/lexiline/lexi9.htm

0 comments:

Post a Comment

Search Web

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More