Terbang.

Selamat Datang ke Blog Saya......

Bersatu

Welcome To My Blog.

Udara Segar

Welcome To My Blog.

Hijau

Welcome To My Blog.

Alam

Welcome To My Blog.

Wednesday 3 August 2011

Rawatan Bekam (RM 30 shj)

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksik (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.

Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW :
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

Mengapa perlu Bekam.
Selepas 3 bulan sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, bertoksin dan sel-sel darah merah yang rosak. Sel darah ini akan berkumpul dan tempat yang paling disukai adalah bahagian belakang badan. Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah baru yang segar dan kaya oksigen. Tetapi apabila terdapat banyak darah kotor di dalam tubuh kita perjalanan darah akan terhalang dan mungkin tersumbat, ini akan mengakibat kan berbagai penyakit. Badan juga akan menjadi lemah dan cepat letih.lama kelamaan penyakit akan mula timbul.

Lihat Gambar di atas darah yang pekat likat mengandungi toksin, kolestrol, lendir dan kekotoran..bayangkan darah yang sebegini berada di dalam tubuh dan kepala ANDA.

Khasiat dan Manfaat Bekam

Sebagai suatu metode pengobatan, tentunya bekam mempunyai khasiat. Di antaranya adalah:

1. Mengeluarkan darah kotor, sehingga peredaran darah yang tersumbat menjadi lancar kembali.

2. Meringankan tubuh. Banyaknya kandungan darah kotor yang menumpuk di bawah permukaan kulit seseorang akan mengakibatkan terasa malas dan berat. Jika dibekam, maka akan meringankan tubuhnya.

3. Menajamkan penglihatan. Tersumbatnya peredaran darah ke mata mengakibatkan penglihatan akan menjadi buram. Setelah dibekam, peredaran darah yang tersumbat kembali lancar dan mata bisa melihat dengan terang.

4. Menghilangkan berbagai macam penyakit. Rasullulah SAW mengisyaratkan ada 72 macam penyakit yang dapat disembuhkan dengan jalan berbekam, seperti:Darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, stroke, sakit gigi, vertigo, sinusitis, jerawat, sembelit, buasir, impotensi, kencing manis, liver, ginjal dan lain lain.

SMS saya untuk temujanji, di Kuantan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday 13 April 2011

Khasiat Minyak Zaitun

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Sunday 10 April 2011

Minyak Sapi QBB

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.
Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.
Katanya, CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini.
“Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.
Menurutnya lagi, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan, dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.
Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera,” tegasnya.


Saturday 9 April 2011

Badan Berasid


BADAN YANG BERSIFAT ASIDIK

Badan mengeluarkan asid dari peredaran darah supaya jauh daripada organ-organ utama dan menyimpannya dalam lemak-lemak merata tempat sehingga ia mampu dan perlu dineutralkan. Ini menyumbang dan menyebabkan obesiti.

Seperkara lagi tindakan badan ialah membuang asid yang telah di’ciptakan’ dengan gayahidup seseorang, ialah menarik keluar kalsium dari tulang-tulang untuk digabungkan dengan asid untuk dikeluarkan daripada sIstem. Ini menyumbang dan menyebabkan osteoporosis.

Persekitaran dalam badan akan terus menjadi asidik dan menyebabkan sel-sel lemah dan mati, menyumbang pula asid dari sel-sel mati ini ke dalam darah. Keadaan menjadi semakin parah. Sel-sel lebih banyak dirosakkan dengan kadar cepat kerana pengumpulan asid dan keseluruhan badan menjadi lebih tercemar.

Persekitaran dalaman terkompromi ini mula penjadi perumah kepada kuman-kuman(bacteria, fungus, yis) yang membiak cepat dengan persekitaran yang dibuat-sesuai oleh badan.

Keadaan ini menjadi semakin buruk sehingga tidak berapa lama badan mula merasa pelbagai sakit disemua bahagian. Seseorang sekarang memasuki era menjadi sakit dan menua…………

HAKIKATnya badan adalah diciptakan untuk mengumuh asid, tetapi gayahidup kita hari ini selalu menjadikannya satu tugas yang perit dan sukar . Kita sentiasa menghalang kemampuan badan untuk berada pada tahap bersifat alkali. Inteligen dalaman badan menyedari bagaimana untuk bertindakbalas – pada keadaan yang biasa, tetapi ia tidak diciptakan untuk gayahidup pengisian makanan dan minuman  ‘junk’ yang tercela yang kita masukkan ke dalamnya secara konsisten.
Kita sentiasa menumpukan kepada serangan dari luar oleh virus dan bakteria tetapi kini kita melihatkan segalanya melumpuhkan ‘terrain’ atau persekitaran dalaman kita.

KITA WAJIB BERSIFAT ALKALI. BILA IANYA BERKAITAN KESIHATAN, KEALKALIAN ADALAH SEGALANYA.
Lihat saja pada darah sendiri. pH darah ditentukan 7.36 dan dalam apa keadaan sekalipun badan mesti mengekalkan pH ini bagi menjamin persekitaran dalaman yang teratur dan sempurna. Apabila pH darah jatuh ke 6.8 biasanya badan akan mengalami asidosis metabolik yang teruk dan melibatkan maut. Pankreas adalah organ paling ‘alkaline’ dalam badan , pHnya berada pada tahap 8.8. Ia juga merupakan organ penggera perut. Bila seseorang mengisi perutnya dengan makanan-makanan yang asidik, perut akan mengepam makanan asidik tersebut terus ke pankreas. Pankreas akan ‘jamm’ dan tidak mampu bekerja lagi.

Diabetes adalah disebabkan ‘breakdown’ sistem pankreas akibat pengasidan sistem yang keterlaluan. Jika tenaga dibekalkan bersama-sama pengakalian sistem badan, seseorang akan memperbaiki pankreasnya dan badan akan beransur-ansur membina kembali ketahanan dan penyakit akan sembuh.

Dengan pankreas yang berfungsi secara optima seseorang tidak akan merasa simtom-simtom diabetes. Diabetes adalah satu illusi. Gayahidup telah mengakibatkan ketidakseimbangan dalam badan yang mengakibatkan ia hidup pada ‘survival mode’.
Demikianlah dapat dikiaskan pada organ-organ lain dalam badan kita selain perut.

Darah E-Bombay


Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang ada lagi sejenis darah yang di panggil E-Bombay, selain dari jenis-jenis yang biasa A,AB,O dan B. Jenis darah ni aku pernah terbaca lama dulu sumbernya aku dah tak ingat dari mana. Pernah aku cerita pada kawan-kawan dan mereka ingat aku melawak atau saja reka-reka cerita, seingat aku la takda seorang pun dari kawan-kawan aku yang pernah baca tentang darah jenis ni. Atau mereka memang tak suka membaca pun, baca facebook minatla.

Darah jenis ni pertama sekali di jumpai di Bombay, sebab itu namanya E-Bombay. Orang India ni darah memang pelik sikit macam salah seorang kawan aku yang berketurunan India darahnya jenis A-, biasa kebanyakan darah yang ada adalah jenis + macam B+,O+,AB+,A+. Memang jarang sikit kita jumpa orang yang rhesus (+-) ni yang rhesus -, tak caya tanyala doktor, kalau nak detail lagi tanya kat bahagian derma darah. Sebab dulu pernah aku g derma darah dengan kawan aku ni dan Doktor hanya ambil nama dan kontak no dia je, sebab kalau ada kecemasan je baru dia akan dipanggil kalau ambil pun nanti buang je sebab jarang orang ada darah jenis tu dan dalam dunia ni terdapat hanya beberapa orang saja yang mempunyai darah jenis E-Bombay ni.

Satu lagi kalau tak silap la darah cimpanzi pun ada yang sama dengan manusia. Kalau aku silap tolong perbetulkan. Ni semua sekadar berkongsi maklumat, jika korang ada maklumat yang lebih terperinci sila kongsikan bersama-sama.

link rujukan :      http://www.lexiline.com/lexiline/lexi9.htm

Search Web

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More